Penggunaan lensa tertentu, penataan cahaya, format rakaman adalah antara faktor mengapa seseorang kelihatan berbeza ketika dalam sesuatu rakaman berbanding ketika ditemui secara berdepan di luar.
Ia dinyatakan beberapa pengarah perfileman, ahli sinematografi dan pakar peralatan intipan ketika mengupas persoalan yang sering ditimbulkan banyak pihak mengenai mengapa gambar dalam sesuatu rakaman dilihat berbeza dengan orang sebenar
Seorang pengarah perfileman terkemuka tempatan menyatakan, aspek nisbah pada format sesuatu rakaman boleh menjadi faktor mengapa imej rakaman menghasilkan gambar kelihatan lebih besar dan lebar berbanding hakikat sebenar.
Pengarah filem itu berkata, sebenarnya tidak sukar untuk mengesahkan ketulenan video sukar kerana setiap penonton boleh mengesan penataan cahaya berbeza dan perbezaan antara satu frame dengan frame lain.
Seorang ahli sinematografi berkata, penggunaan lensa atau kanta tertentu turut menjadi faktor mengapa sesuatu imej terutama pada sesuatu objek lurus kelihatan melengkung atau bengkok apabila disiarkan.
“Andai lensa cembong digunakan seperti lensa ‘fish eye’ sesuatu objek lurus berada dekat dengan lensa, kelihatan bengkok. Ini kerana fungsi fish eye adalah untuk memastikan semua objek di suatu kawasan sempit dapat dirakam sepenuhnya,” katanya
-berita harian
0 comments:
Post a Comment