Samsung tampil dengan siri SF410-S02



Capt8

Samsung SF410
RM 3199
Price Updated 23 Feb 2011



SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung) meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima jenama laptop terbaik di Malaysia menjelang 2012.

Sasaran yang diletakkan mungkin sukar direalisasikan kalau Samsung tidak menampilkan aura unik dalam produk yang ditawarkannya kepada pengguna.

Ada yang beranggapan Samsung dikenali dengan kreativiti dan inovasi dalam produk yang dihasilkan dengan kualiti tidak menjadi persoalan, ditambah dengan reka bentuk terkini pada setiap produk terhidang.

Terbaru, Samsung tampil dengan siri SF410-S02 yang dibawa masuk ke pasaran tempatan, baru-baru ini yang dikhabarkan mempunyai aura tersendiri dari aspek rekaan, gaya dan kuasa diberikan terutama selepas digabungkan dengan pemprosesan Intel.

Pandangan pertama penguji ditumpukan kepada warna peranti yang putih dengan kemasan tulisan Samsung di bahagian permukaannya.

Sebaik membuka monitornya, penguji mendapati rekaan beralun di tepinya yang membangkitkan persoalan, apa gunanya rekaan demikian?

Alunan terbabit mungkin sekadar rekaan artistik semata-mata kerana penguji berpendapat, ia tidak perlu direka sedemikian, apatah lagi ketika pengguna menaip sesuatu di atas laptop terbabit, bentuk alunan tidak kelihatan pada sudut pandangan pengguna.

Penguji juga tidak dapat memastikan sama ada ia bertujuan untuk reka bentuk ergonomik kerana penggunanya sama saja dengan laptop biasa.

Di sebalik itu, model terbaru ini diperkasakan dengan pemprosesan yang boleh dianggap berkuasa tinggi iaitu Intel Core i5 bagi memberi kelajuan dan kesepaduan terbaik, sekali gus memastikan prestasi keseluruhannya mantap.

Pastinya, gabungan pemprosesan terbabit dan sistem operasi Windows 7 menawarkan kepantasan terutama apabila memulakan laptop berbanding beberapa model lain yang dicuba sebelum ini.

Penguji mendapati laptop ini mampu bertahan sehingga enam jam untuk perkomputeran yang agresif termasuk melayari Internet, menonton video dalam YouTube, melakukan kerja pejabat atau bermain game biasa.

Samsung turut memperkenalkan Fast Start yang membolehkan anda menggunakan laptop itu dengan pantas walaupun selepas meninggalkannya untuk tempoh lama.

Ketika ia berada pada mod berehat, data dan konfigurasi sistem penting akan disimpan dalam pemacu keras dan memori PC untuk membolehkan akses yang pantas.

Paparannya pula menggunakan skrin lebar 14 inci beresolusi tinggi yang sesuai bagi pengalaman perkomputeran.

Penguji mendapati, Samsung SF410 baru ini dilengkapi kad grafik NVIDIA Optimus bagi menghasilkan prestasi grafik dan multimedia terbaik sesuai untuk permainan 3D atau tontonan video.

Mengenai harga ditawarkan pada RM3,199, penguji berpendapat terdapat ruang untuk Samsung menukar harganya sekitar RM2,599 ke RM2,999 untuk memastikan ia benar-benar pelaburan yang berbaloi.

Dalam hal lain, SF410 turut menjamin keselamatan tambahan kerana jika kuasa secara tiba-tiba hilang atau bateri ditukar, data atau maklumat yang disimpan tidak akan hilang.

Adakah anda mahu membelinya?

by Afiq Hanif

Published Date : 23 February 2011

Source : Harian Metro

Spesifikasi

Laptop Samsung SF410

Samsung

Genuine Windows 7 Home Premium (64b)

Intel Core i5 Processor 460M (2.53GHz, 3MB)

Intel HM55

2GB (DDR3 / 2GB x 1)

2 x SODIMM

14.0" LED HD (1366 x 768) 16:9 Gloss

1GB gDDR3

HD (High Definition) Audio

SRS 3D Sound Effect

3 watts Stereo Speaker (1.5 watts x 2)

500GB (5,400rpm S-ATA)

802.11bg/n

Bluetooth V3.0 High Speed

347.0 x 246.0 x 26.9 - 32.5mm (13.60" x 9.60" x 1.05" - 1.27")

2.19kg (4.82lbs)

1800-88-9999

www.samsung.com.my

RM 3,199

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...