|                 | 
|           | 
SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung) meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima jenama laptop terbaik di Malaysia menjelang 2012.
  Sasaran yang diletakkan mungkin sukar direalisasikan kalau Samsung  tidak menampilkan aura unik dalam produk yang ditawarkannya kepada  pengguna.
Ada yang beranggapan Samsung dikenali dengan kreativiti  dan inovasi dalam produk yang dihasilkan dengan kualiti tidak menjadi  persoalan, ditambah dengan reka bentuk terkini pada setiap produk  terhidang.
Terbaru, Samsung tampil dengan siri SF410-S02 yang  dibawa masuk ke pasaran tempatan, baru-baru ini yang dikhabarkan  mempunyai aura tersendiri dari aspek rekaan, gaya dan kuasa diberikan  terutama selepas digabungkan dengan pemprosesan Intel.
Pandangan pertama penguji ditumpukan kepada warna peranti yang putih dengan kemasan tulisan Samsung di bahagian permukaannya.
Sebaik membuka monitornya, penguji mendapati rekaan beralun di tepinya yang membangkitkan persoalan, apa gunanya rekaan demikian?
Alunan  terbabit mungkin sekadar rekaan artistik semata-mata kerana penguji  berpendapat, ia tidak perlu direka sedemikian, apatah lagi ketika  pengguna menaip sesuatu di atas laptop terbabit, bentuk alunan tidak  kelihatan pada sudut pandangan pengguna.
Penguji juga tidak dapat  memastikan sama ada ia bertujuan untuk reka bentuk ergonomik kerana  penggunanya sama saja dengan laptop biasa.
Di sebalik itu, model  terbaru ini diperkasakan dengan pemprosesan yang boleh dianggap berkuasa  tinggi iaitu Intel Core i5 bagi memberi kelajuan dan kesepaduan  terbaik, sekali gus memastikan prestasi keseluruhannya mantap.
Pastinya,  gabungan pemprosesan terbabit dan sistem operasi Windows 7 menawarkan  kepantasan terutama apabila memulakan laptop berbanding beberapa model  lain yang dicuba sebelum ini.
Penguji mendapati laptop ini mampu  bertahan sehingga enam jam untuk perkomputeran yang agresif termasuk  melayari Internet, menonton video dalam YouTube, melakukan kerja pejabat  atau bermain game biasa.
Samsung turut memperkenalkan Fast Start  yang membolehkan anda menggunakan laptop itu dengan pantas walaupun  selepas meninggalkannya untuk tempoh lama.
Ketika ia berada pada  mod berehat, data dan konfigurasi sistem penting akan disimpan dalam  pemacu keras dan memori PC untuk membolehkan akses yang pantas.
Paparannya pula menggunakan skrin lebar 14 inci beresolusi tinggi yang sesuai bagi pengalaman perkomputeran.
Penguji  mendapati, Samsung SF410 baru ini dilengkapi kad grafik NVIDIA Optimus  bagi menghasilkan prestasi grafik dan multimedia terbaik sesuai untuk  permainan 3D atau tontonan video.
Mengenai harga ditawarkan pada  RM3,199, penguji berpendapat terdapat ruang untuk Samsung menukar  harganya sekitar RM2,599 ke RM2,999 untuk memastikan ia benar-benar  pelaburan yang berbaloi.
Dalam hal lain, SF410 turut menjamin  keselamatan tambahan kerana jika kuasa secara tiba-tiba hilang atau  bateri ditukar, data atau maklumat yang disimpan tidak akan hilang.
Adakah anda mahu membelinya? 
by Afiq Hanif
Published Date : 23 February 2011
Source : Harian Metro
Spesifikasi
Laptop Samsung SF410
Samsung
Genuine Windows 7 Home Premium (64b)
Intel Core i5 Processor 460M (2.53GHz, 3MB)
Intel HM55
2GB (DDR3 / 2GB x 1)
2 x SODIMM
14.0" LED HD (1366 x 768) 16:9 Gloss
1GB gDDR3
HD (High Definition) Audio
SRS 3D Sound Effect
3 watts Stereo Speaker (1.5 watts x 2)
500GB (5,400rpm S-ATA)
802.11bg/n
Bluetooth V3.0 High Speed
347.0 x 246.0 x 26.9 - 32.5mm (13.60" x 9.60" x 1.05" - 1.27")
2.19kg (4.82lbs)
1800-88-9999
www.samsung.com.my
RM 3,199







0 comments:
Post a Comment